Sinopsis Kursus Wajib

 

WAJ3101

Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(Islamic Civilisation and Asia Civilisation)

2(2+0)

Kursus ini merupakan satu kursus yang membincangkan ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun), Islam dalam tamadun Melayu, pengaruh tamadun Islam di Asia dan Eropah, tokoh-tokoh tamadun Islam, isu-isu kontemporari, Islam Hadhari, dan proses pembangunan negara.

This course focuses on the introduction of civilisation, interaction among various civilisations (Malay, Chinese, Indian and Japanese), Islam in the Malay Civilisation, the influence of the Islamic civilisation in Asia and Europe, prominent figures of the Islamic civilisation, contemporary issues, Islam Hadhari, and nation development process.

(Kefasihan Bahasa Inggeris I)

WAJ3103

English Language Proficiency I
(Kefasihan Bahasa Inggeris I)

2(2+0)

This course aims to build on learners’ current English language skills. It focuses on the English Sound System, Parts of Speech/Word Classes, Tenses, Sentence Types, Types of Questions, Listening and Speaking Skills, Reading Skills, Paragraph Writing and Writing for Different Purposes.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris sedia ada pelajar. Tumpuan diberi kepada tajuk-tajuk sistem bunyi Bahasa Inggeris. tatabahasa, jenis-jenis ayat, jenis-jenis soalan, kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis untuk pelbagai tujuan.

WAJ3103

English Language Proficiency II
(Kefasihan Bahasa Inggeris II)

2(2+0)

This course is an extension of English Language Proficiency I (WAJ3102). It builds further on parts of speech/word classes, listening and speaking skills, reading skills, writing for different text types, writing academic papers and writing reflections.

Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus Kefasihan Bahasa Inggeris I (WAJ3102). Tumpuan diberi kepada tatabahasa, dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis pelbagai penulisan, penulisan ilmiah dan penulisan refleksi.

WAJ3104
Literasi Bahasa
(Language Literacy)

2(0+2)

Kursus ini menjelaskan dan mengaplikasikan aktiviti prabacaan, bengkel asas membaca : kaedah fonetik, kaedah abjad, kaedah pandang dan sebut, bengkel aktiviti pratulisan, bengkel aktiviti penulisan mekanis, bengkel penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran bukan elektronik, bengkel pengajaran menggunakan boneka, bengkel pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan, bengkel pembinaan bahan pemulihan dengan power point, bengkel membuat rakaman bunyi-bunyian dengan menggunakan alat perakam digital, seminar dan pameran bahan pemulihan bahasa Melayu.

This course explains and applies pre-reading activities, basic reading workshop : phonetic method, alphabet method, look and seeing method, pre-writing activity workshop, mechanism of writing workshop, immersed reading and writing remedial workshop for Music Education, Visual Art Education and Physical and Health Education, construct and use non electronic teaching and learning materials, workshop for using puppets, individual, paired and grouped learning work shop for development of remedial materials using powerpoint, workshop for sound production using digital recorder, seminar and exhibition of Malay language remedial materials.

WAJ3105
Numerical Literacy
(Literasi Nombor)

2(2+0)

This course focuses on the approach and strategy students should acquire and model to support the achievement of numerical literacy. The topics discussed are problem solving, operation and computation, measurement, spatial sense, and also data analysis and interpretation.

Kursus ini berfokus kepada pendekatan dan strategi yang sepatutnya dikuasai dan dimodeli oleh pelajar sebagai persediaan untuk menyokong pencapaian literasi nombor. Topik-topik yang turut dibincangkan ialah berkenaan penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran, kesedaran ruang, dan juga analisis data dan interpretasi.

WAJ3106

Hubungan Etnik
(Ethnics Relations)

2(2+0)

Kursus ini memfokuskan hubungan etnik di Malaysia, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia, dan hubungan etnik: peranan kerajaan dan masyarakat.

This course focuses on ethnic relation in Malaysia, basic concepts in ethnics relation, pluralistic society in the Malay world, economic development in the context of ethnic relation in Malaysia, politics development in the context of ethnic relation in Malaysia, constitution in the context of ethnic relation in Malaysia, religion and ethnic relation, challenges and inculcation of ethnic relation in Malaysia, and the role of government and society in ethnic relation.

WAJ3107

Seni dalam Pendidikan
(Arts in Education)

3(2+1)

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengenalan Seni dalam Pendidikan, pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni peringkat sekolah rendah, aplikasi dan pengurusan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan aktiviti mengenal irama, warna dan ruang serta deria dan seni, menjalankan aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman dan ekspresi melalui seni, melaksanakan dan menguruskan aktiviti kreatif yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran.

This course exposes students to the introduction to the Arts in Education, knowledge and basic skills in arts in primary school, application and management in teaching and learning activities, implementing activities on knowing rhythm,colour and space as well as senses and arts, exploring, experiencing, expressing through arts, implementing and managing creative activities by integrating music, movement and visual art which will enhance the teaching in the teaching and learning of various subjects.


WAJ3108

Kokurikulum – Pengurusan Kokurikulum
(Cocurriculum Management)

1(1+0)

Kursus ini meliputi pengenalan dan pengurusan kokurikulum sekolah rendah,penubuhan unit-unit kokurikulum, sistem fail dan surat menyurat, pengelolaan aktiviti, pengurusan mesyuarat dan kewangan, dan majlis rasmi.

This course focuses on cocurriculum in primary school, setup of cocurriculum unit, filing system, organizing of activities and competition; management of meeting and budget; and official function.

WAJ3109

Kokurikulum – Permainan
(Games)

1(0+1)

Kursus ini meliputi: sejarah permainan peringkat antarabangsa dan Malaysia, pengenalan alatan, gelanggang dan undang-undang permainan, mengetahui, latihan dan taktik permainan, pengukuhan kemahiran dalam permainan, pengurusan padang/gelanggang dan pasukan serta pengelolaan pertandingan.

This course focuses on general knowledge: history of games in Malaysia and International level, introduction on equipment, court and rules and regulation of games, knowing, training and tactical of games; games enrichment, management of court / field and team and organizing competition.

WAJ3110

Kokurikulum – Unit Beruniform I
(Uniform Units I)

1(0+1)

Kursus ini meliputi sejarah unit beruniform; struktur dan organisasi; perlembagaan unit beruniform; pengurusan dan pentadbiran; disiplin dan kerohanian; asas pertolongan cemas; asas kawad kaki; istiadat dan orientasi kurikulum Unit Beruniform sekolah rendah.

This course focuses on the history of uniform unit; structure and organization; constitution of uniform units; management and administration; discipline and spiritual; principles of first aid; marching; ceremonies and orientation to the uniform units curriculum of the primary schools.

WAJ3111

Kokurikulum – Unit Beruniform II
(Uniform Units II)

1(0+1)

Kursus ini meliputi pengetahuan dan kemahiran asas perkhemahan; perancangan dan pelaksanaan amali perkhemahan.

This course focuses on the basic knowledge and activities of camping; planning and camping.

WAJ3112

Kokurikulum – Olahraga
(Athletics)

1(0+1)

Kursus ini meliputi pengetahuan umum, sejarah dan undang-undang; kemahiran asas acara-acara balapan dan padang; pengurusan ukuran balapan dan padang; pengelolaan kejohanan; pengurusan pasukan.

This course focuses on the general knowledge, history, rules and regulation; track events; field event; management in measurement of track and field events; organizing competition; team management.

WAJ3113

Kokurikulum – Persatuan
(Societies)

1(0+1)

Kursus ini meliputi pengenalan dan konsep persatuan, pengurusan, sejarah, perkembangan dan kepentingan persatuan, pengkelasan persatuan, kemahiran asas, persediaan, pelaksanaan dan penilaian projek.

This course focuses on the introduction and concept of society; management; history; development and importance; classification of society; basic skills; preparation, implementation and evaluation of project.

WAJ3114

Bina Insan Guru
(Character Building for Teachers)

3(0+3)

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan guru permulaan yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing. Penekanan kursus diberikan terhadap pembentukan diri guru secara holistik dan kontekstuial.

This course aims to produce teachers who are knowledgeable, proressive and resilient. The course focuses on the development of the teachers holistically and contextually.

BIG Fasa I (45 jam)

Kursus ini merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam. Pelajar diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan guru, pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan.

This course is a four days camping programme. Through the activities, teacher trainees will be nurtured with the characteristics and the art of being a teacher, building their self-esteem, to have a high competetive spirit and the ability to self-reflect to enable them to face challenges in the teaching profession.

BIG Fasa II (10 jam)

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang. Penekanan utama kursus ini berkaitan dengan pembangunan insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berkauntabiliti dan amanah dan kreativiti dan inovatif.

This course aims to expose students to the balance of teacher self development domain as teachers. The course emphasises on the balanced teacher self development, teacher relationship with community and honesty, creativity and innovative

BIG Fasa III (10 jam)

Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol. pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian.

This course aims to nurture the awareness of the importance of public service. Students are exposed to the skill of planning, organising and attending workshops. The aspect which is given emphasises are social ettiquette, protocol, public speaking, speaking skills, effective listening, table ettiquette, managing official ceremonies and dressing code.

BIG Fasa IV (35 jam)

Kursus yang berbentuk perkhemahan selama tiga hari dua malam ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat perancangan dan pengendalian aktiviti. Tumpuan akan diberi terhadap penyediaan mendirikan khemah, interaksi dengan komuniti setempat, aktiviti kerohanian/moral, Malaysia cergas dan menaikkan bendera, latihan dalam kumpulan, kembara sosial, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, kreatif dan inovatif.

This course is a three days camping aims at giving students the application of high order thinking skills in planning and managing activities. The focus of the course is on putting up camps interaction with the community, moral acitivities, raising the flag, and group training social

BIG Fasa V (10 jam)

Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Pelajar didedahkan dengan guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1996 ), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG, lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah.

This course aims to nurture the awareness of training development skills and benchmarking, students are exposed to teachers and law mandate, Act 550 (1996), profesional circulars, service circulars, state education department functions and sectors and functions of the role of education district officers, benchmark leadership characteristics, school organisation, school climate, infrastructure and school curriculum infostructure.

BIG Fasa VI (10 jam)

Kursus ini bertujuan meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. Tumpuan kursus adalah berkaitan dengan perbengkelan, tema bengkel, mentadbir ujian post inventori Self Direct Search (SDS), inventori konflik, interpretasi dapatan ujian, refleksi, lawatan benchmarking, interaksi profesional dengan guru cemerlang, inovasi guru cemerlang, ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang dan laporan dan penilaian reflektif.

This course aims to upgrade continuos self professionalism. The focus of the course is related to workshops, workshops theme, administering post inventory test of self direct search, conflict inventory, interpretation of test, finding, reflection, benchmarking visits, professional, interaction with excellent teachers, innovation, professionasme commitment reports and reflective evaluation.