Sinopsis Kursus

Pengajian Asas

BM 3320D

Bahasa Melayu Komunikasi

1K

Kursus ini bertujuan memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan betul mengikut tatabahasa bahasa Melayu, peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu. Kandungan kursus ini dibahagikan kepada 7 tajuk iaitu Fungsi Bahasa Melayu, Kesantunan Berbahasa, Wacana, Laras Bahasa, Terjemahan. Komunikasi Bertulis dan Komunikasi Khalayak.

BI 3320 D

Bahasa Inggeris Komunikasi

1K

Kursus ini mengandungi tiga unit iaitu bersamaan dengan 10 jam interaksi bersemuka. Kursus ini merangkumi Sistem Bahasa Inggeris, kemahiran mendengar dan bertutur, dan kemahiran membaca dan menulis. Unit 1 meliputi 4 topik yang berfokuskan kepada Sistem Bahasa Inggeris. Unit 2 memperkenalkan pelbagai teks dan juga bagaimana menulis perenggan dan teks penuh. Unit 3 pula adalah mengenai kemahiran mendengar dan bertutur.

This modular course consists of three units which is equivalent to 10 hours of face-to-face interaction. It encompasses the nature of the English Language system, the skills of listening, speaking, reading and writing. Unit 1 covers 4 topics, focussed on learning about the

English Language system, unit 2 teaches about the different types of text and how to write paragraphs and whole texts and unit 3 deals with Listening and Speaking.

PS3320D

Seni Dalam Pendidikan

2K

Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan (SDP). Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali . Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong pelajar menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak. Mata pelajaran ini menekankan penghubung kaitan SDP dengan mata pelajaran yang lain untuk merangsang pembelajaran serta membantu pemindahan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain dengan pendekatan bertema.

TP3320D

Pengurusan Sumber

2K

Kursus Pengurusan Sumber ini bertujuan melahirkan guru pelatih KPLI yang dapat menguasai kaedah penghasilan, penggunaan, pengendalian dan penilaian alat dan bahan bantu mengajar agar dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa akan datang.

Guru pelatih KPLI didedahkan kepada asas-asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan. Mereka didedahkan kepada kemahiran penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini guru bukan saja dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dalam pentadbiran sekolah tetapi juga dapat mengintegrasikan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai agen perubahan di sekolah, guru pelatih yang mengikuti kursus ini diharapkan akan menjadi lebih peka dan bersikap dinamik dalam menerokai perkembangan terkini demi memajukan diri sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penggunaan modul ini akan membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan era maklumat yang akan memenuhi wawasan pendidikan negara

BG3320D

Penyuburan Diri Insan Guru

3K

Kursus ini adalah berkaitan “Kecekapan Personal” di mana anda didedahkan tentang potensi, kekuatan dan kelemahan diri dalam menjalankan tugas. Skop diperluaskan lagi kepada penerokaan keupayaan anda bermula daripada analisis peribadi kepada tinjauan kecekapan dan ketrampilan diri mengurus hubungan dengan komuniti, masyarakat dan alam sekitar.

Pengajian Profesional

PN3321

Ilmu Pendidikan

7K

KOMPONEN 1: PSIKOLOGI PENDIDIKAN (2 kredit)

Unit ini memberi fokus kepada kandungan asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan serta kepentingannya kepada guru. Selain itu, pelajar dibimbing untuk untuk memahami prinsipprinsip dan ciriciri pertumbuhan dan perkembangan murid supaya mereka dapat membantu mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum. Perbezaan individu, keperluan, personaliti kanakkanak dan gaya pembelajaran didedahkan kepada pelajar bagi membolehkan mereka menggunakan ilmu ini untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid. Melalui komponen ini, pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran komunikasi yang berkesan bagi memastikan mereka berkebolehan memainkan peranan sebagai pembimbing. Seterusnya, pelajar dikekalkan dengan ilmu dan kemahiran mengenal pasti tingkah laku bermasalah serta membuat modifikasi ke atas tingkah laku tersebut.

KOMPONEN 2: PEDAGOGI (3 kredit)

Komponen ini bertujuan untuk membantu pelajar menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya, komponen ini distrukturkan secara bersepadu dengan mengadunkan aspek pedagogi dan penilaian. Diharap dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam komponen ini, pelajar dapat mengurus bilik darjah serta berpengetahuan dalam merancang dan mengndali proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Aspek penilaian sekolah diberi penekanan juga bagi membolehkan pelajar merancang, mengendali ddan menguruskan penilaian bilik darjah.

KOMPONEN 3: PROFESIONALISME KEGURUAN ( 2 kredit)

Unit ini memberi fokus kepada membincangkan peranan guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Selain itu, aspek profesionalisme

keguruan yang diliputi dalam unit ini bertujuan membolehkan pelajar menghadapi dan menangani pelbagai cabaran dalam profesion keguruan. Dalam konteks ini, pelajar diberi pendedahan kepada cabangcabang falsafah dan ciriciri utama FPK dan FPG dalam memahami keperluan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) supaya mereka dapat mengurus dan mengembangkan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tuntutan FPK. Di samping itu, pelajar perlu diberi pendedahan tentang kemahiran profesional untuk membantu mereka membuat penyelidikan. Peningkatan ilmu dan kemahiran juga akan dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran yang mendatang dalam profesioan keguruan.

Pengajian Kurikulum Persekolahan

Major

PA 3321P

Pengajian Islam

8K

Kursus ini mempunyai lapan objektif utama membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma

dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan, menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian, memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al- Quran sebagai rujukan petunjuk Allah, memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan, mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam, memahami dan mengambil iktibar dengan sirah

Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun manusia, mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian, membaca dan menulis Jawi serta mencintainya

sebagai warisan budaya bangsa. Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan

kepada empat bidang iaitu :- Bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah, Bidang Asas Akhlak Islamiah, Bidang Pelajaran Jawi.

PA 3322P

Pendidikan Khas (untuk pengkhususan P. Islam P. Khas sahaja)

12K

Kursus ini mempunyai tiga objektif utama berkaitan dengan konsep pendidikan islam, falsafah pendidikan islam, matlamat dan obkjektif Sukatan Pelajaran PI j-QAF serta Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF, melaksanakan ilmu berkaitan dengan pedagogi dan metodologi Pendidikan Islam Pendidikan Khas .Perincian kandungan meliputi Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Kajian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, Ulum Quran dan Modul P & P Kaedah Iqra` Program j-QAF Pendidikan Khas, Kaedah P & P Pendidikan Khas, Kemahiran Jawi dan Khat serta Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Minor 1

AQ 3321E

Pendidikan al-Quran

4K

Kursus ini mengandungi metodologi pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang mengandungi sembilan kaedah yang masyhur, aplikasi khatam Al-Quran j-QAF, tilawah dan tajwid serta aplikasinya. Tajuk tilawah membincangkan rukun-rukun tilawah, adab-adab, maratib tilawah dan bentuk tilawah Al-Quran yang dilarang. Tajuk tajwid pula membahaskan mabadi Ilmu Tajwid, Makhraj dan Sifat Huruf, hukum mim dan nun sakinah, tarqiq, tafkhim, taghliz, al-mudgham, al-mudud, wakaf dan Ibtida` .

BA 3321E

Bahasa Arab

4K

Kursus ini mempunyai sembilan objektif utama. Kursus ini merupakan pembelajaran arah kendiri, tugasan berasaskan sekolah dan perlu menduduki peperiksaan bertulis. Kandungan kursus ini merangkumi sukatan pelajaran, panduan sukatan pelajaran, buku teks yang berkaitan, panduan mengajar guru, konsep bahasa arab komunikasi, rancangan pengajaran harian, mingguan dan semester, kemahiran asas bahasa mukabbar dan musagar, serta bahan bantu mengajar yang sesuai.

Minor Pendidikan Khas (4K)

PL3321P

Pengenalan kepada Pendidikan Khas

1K

Kursus ini membincangkan tajuk-tajuk berkaitan dengan definisi, konsep, Falsafah Pendidikan Khas, Akta Pendidikan Khas dan sejarah perkembangan pendidikan khas di dalam serta luar negara. Kursus ini turut menghuraikan kategori dan ciri-ciri murid-murid berkeperluan khas, perkembangan murid-murid bermasalah pembelajaran serta khidmat sokongan yang disediakan dalam pendidikan murid-murid berkeperluan khas.

PL3321P

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas

1K

Kursus ini membincangkan tajuk-tajuk berkaitan dengan definisi dan konsep pentaksiran serta penilaian dalam pendidikan khas. Kandungan kursus turut membincangkan tentang alat-alat pentaksiran dan penilaian , pentaksiran dan penilaian berdasarkan mata pelajaran atau bidang serta pembinaan bahan berasaskan kurikulum.

PL3321P

Pengurusan Tingkah laku

1K

Kursus ini membincangkan tentang pengenalan dan konsep tingkah laku. Tajuk-tajuk berkaitan dengan langkah-langkah mengenal pasti tingkah laku positif dan negatif, langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku dan strategi serta prosedur pengurusan tingkah laku turut disentuh.

PL3321P

Terapi dalam Pendidikan Khas

1K

Kandungan kursus ini membincangkan definisi terapi dan kepentingan terapi dalam membantu perkembangan serta pertumbuhan diri kanak-kanak berkeperluan khas. Jenis-jenis terapi yang dibincangkan terdiri daripada terapi fizikal, terapi fisio, terapi pertuturan, terapi muzik dan nyanyian, terapi main, terapi pasir, terapi alternatif dan sebagainya. Turut dibincangkan adalah pengaplikasian terapi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kokurikulum

GK 3320K

Kokurikulum

3 K

Kursus ini adalah merupakan kursus bagi pelajar Mod Latihan Berasaskan Sekolah KPLI j QAF. Kursus ini adalah disediakan berdasarkan modul .Kemahiran-kemahiran yang diajar telah disusun mengikut kemahiran dan unit bagi memudahkan pelajar mengikuti dan menyusun kaedah dan Gaya Pembelajaran Arah Kendiri . Ia merangkumi tajuk Pengurusan Gerko, Olahraga , Permainan dan Unit Beruniform. Kemahiran yang diajar bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran 4K iaitu kejurulatihan , kepegawaian, ke pengadilan dan Kemahiran bagi mengendalikan semua aktiviti ko-kurikulum di sekolah kelak.