Sinopsis

Sipnosis Kursus Major PISMP Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

Semester 1 (Tahun 1)

PJM3101

Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

(Training Methodology for Physical Fitness)

2(1+1)

Kursus ini meliputi konsep dan definisi kecergasan keseluruhan dan kecergasan fizikal serta kepentingan kecergasan fizikal, komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan, komponen kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor, prinsip-prinsip latihan kecergasan fizikal, kaedah-kaedah latihan kecergasan fizikal, jadual latihan kecergasan fizikal; periodisasi latihan dan kesan latihan terhadap kecergasan fizikal.

This course includes concepts and definition of total fitness, physical fitness and the importance of physical fitness, the component of health- related fitness, motor-related physical fitness componen, training principles of physical fitness, training methodology for physical fitness, training schedule of physical fitness, periodisation of training and effects of training on physical fitness.

PJM3102

Pergerakan Asas

(Basic Movements)

3(1+2)

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Pendidikan Jasmani untuk membantu pelajar mengaplikasikannya dalam kurikulum PJK di sekolah. Isi kandungan meliputi konsep pergerakan asas, pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas, permainan kanak-kanak, model Bunker and Thorpe 1982, pengurusan, pengelolaan permainan dan teknik permainan. Penekanan juga diberikan kepada pengurusan dan pengelolaan permainan dan teknik permainan.

This course aims to provide knowledge and basic skills of Physical Educations to help students to apply the curriculum in schools. The topics are basic movement concept, teaching and learning of bacis movement, children’s games and techniques. The emphasisi is also given on the organising and management of games and techniques.

PJM3103

Olahraga

(Athletics)

2(0+2)

Kursus ini meliputi sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dan antarabangsa. Kursus ini juga menekankan kepada peraturan dan undang-undang olahraga, kemahiran acara balapan, kemahiran acara padang, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penilaian kemahiran. Kursus ini juga menekankan kemahiran teknikal menyediakan balapan dan gelanggang dalam kejohanan olahraga.

This course include the history and developmental of athletics internationally and in Malaysia. This course stress on rules and regulations, the acquiring of skills in the track and field event, the evaluation and how to implement these skills in the teaching strategies. Students will also be involved in preparing the track and field technically for organizing athletics meet.

Semester 2 (Tahun 1)

PJM3104

Renang

(Swimming)

2(0+2)

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai kemahiran renang. Tajuk lain yang akan dibincangkan meliputi sejarah perkembangan renang di Malaysia, struktur dan oraganisasi persatuan, keselamatan renang, asas terjunan, kaedah pengajaran dan pembelajaran renang, penilaian, kepegawaian dan pengurusan dan pengelolaan pertandingan renang.

This course to expose students to various swimming skilss. Other topics discussed cover the history of the development of swimming in Malaysia, structure and the organisation of society, swimming safety, basic teaching and learning methodology of swimming, evaluation, officiating and oragnising and mangement of swimming competition.


PJM3105

 

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor

(Growth and Motor Development)

2(2+0)

Kursus ini mencakupi konsep dan definisi pertumbuhan, kematangan dan pembelajaran motor, pertumbuhan dan perkembangan pranatal, pertumbuhan somatik, tisu adipos dan komposisi badan, perkembangan fungsi anatomi dan fisiologi, kematangan, faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi fizikal, kanak-kanak, aktiviti fizikal dan sukan. Ia juga memberi pengetahuan tentang perkembangan dan jenis-jenis kemahiran motor dan kaitannya dengan prestasi, pemprosesan maklumat, ‘attention’ dan prestasi, kawalan motor, koordinasi, perbezaan individu, pembelajaran motor, maklum balas, pengekalan dan pemindahan pembelajaran.

This course includes the definition and concept of growth, maturation and motor learning. It covers prenatal and postnatal growth and functional development, somatic growth, adipose tissue and body composition, functional development, maturation and factors that influence growth, maturation and physical performance. This course provides knowledge on motor skills learning and performance, human information processing, attention and performance, motor control, coordination, individual differences and capabilities, motor learning, feedback, retention and transfer of learning.

PJM3106

Anatomi dan Fisiologi

(Anatomy and Fisiology)

3(2+1)

Kursus ini meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. Penekanan diberikan kepada perbincangan tentang peringkat kimia, selular dan tisu organisma, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah, jantung, saluran dan peredaran darah, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisma serta sistem urinari.

This course discusses the basic concept of anatomy and fisiology,chemical level, cellular level and tissue level of organisation. Integumentary system, skeletal system, muscular system, nervous system, endocrine system, blood. Heart, blood vessels and circulation, lymphatic system and immunity, respiratory system, digestive system, nutrition and metabolism as well as urinary system.

Semester 3 (Tahun 2)

PJM3107

Gimnastik

(Gymnastic)

2(0+2)

Kursus ini meliputi kemahiran asas dalam gimnastik dengan menekankan aspek pemerolehan kemahiran, penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan pembelajaran motor serta kejurulatihan dan kepegawaian. Kursus ini juga menjelaskan kepentingan kemahiran gimnastik di kalangan kanak-kanak dan kaitannya dengan sukan lain, aspek pengurusan, pengelolaan dan pentadbiran, keselamatan murid-murid, peralatan dan kemudahan juga diperkenalkan untuk meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. .

This course covers the basic skills in gymnastic which emphasize on the aspects of skill acquisition and analyzing performance, the biomechanic and motor learning concepts and the coaching and officiaiting. This course also stress about the importance of gymnastic skill amongst the children related to other sports, the aspects of managing, administrating and organizing, the safety of children and facilities also introduce to enhance a conducive teaching and learning activities.


PJM3108

Pendidikan Luar

(Outdoor Education)

3(1+2)

Kursus ini mencakupi falsafah, konsep, matlamat dan objektif serta sejarah perkembangan dan pengetahuan pendidikan luar, rekreasi dan kesenggangan. Pelaksanaan aktiviti merangkumi pengintegrasian, pengabungjalinan serta kesepaduan mata pelajaran lain ke dalam pendidikan luar dan sebaliknya, perancangan, pengurusan, pengelolaan, keselamatan dan pelbagai kemahiran aktiviti diberi penekanan. Penilaian dijalankan bagi memastikan tahap pencapaian.

This course covers the philosophies, concepts, aims, objectives, history and literatures of outdoor education, recreation and leisure. It also discusses the intergration and incorporation of other subjects into outdoor education and vice-versa, planning, managing, administrating and safety aspect of various activties are emphasize. Assessments will be conducted to ensure its achievement

PJM3109

Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring

(Games Football and Netball)

2(0+2)

Kursus ini meliputi sejarah dan kemahiran asas dalam permainan bola sepak dan bola jaring dengan menekankan aspek pemerolehan kemahiran, penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan pembelajaran motor serta strategi pengajaran dan pembelajaran, pengelolaan, pengurusan, pentadbiran serta keselamatan peralatan dan kemudahan juga diperkenalkan untuk menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

This course covers the history and basic skills in football and netball which emphasize on the aspects of skill acquisition. analyzing performance, the biomechanic and motor learning concepts and the teaching and learning strategies. The aspects of managing, administrating and organizing, the safety of children and facilities also introduce to enhance a conducive teaching and learning activities.

Semester 4 (Tahun 2)

PJM3110

Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani

(Curriculum and Pedagogy of Physical Education)

3(2+1)

Kursus ini mencakupi sejarah dan perkembangan kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia yang menjelaskan hubungkait falsafah dan teori pembelajaran dengan hala tuju pendidikan kebangsaan,kepentingan, konsep kurikulum Pendidikan Jasmani, sukatan dan tafsirannya, kriteria pemilihan aktiviti dalam Pendidikan Jasmani, aspek-aspek pedagogi serta pelaksanaan dan penilaian pengajaran mikro.

This course includes the history and development of physical education in Malaysia; the relationship of theories and philosophies towards national education policy, the importance of physical education, the interpretation of curriculum, criteria in choosing physical education acitivities, the pedagogical aspects and also carrying out and evaluating micro teaching.


PJM3111

Permainan Bola Tampar dan Bola Baling

(Games Volleyball and Handball)

2(0+2)

Kursus ini meliputi sejarah dan kemahiran asas dalam permainan bola tampar dan bola baling dengan menekankan aspek pemerolehan kemahiran, penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan pembelajaran motor serta strategi pengajaran dan pembelajaran, aspek pengelolaan, pengurusan, pentadbiran serta keselamatan peralatan dan kemudahan juga diperkenalkan untuk menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

This course covers the history and basic skills in volleyball and handball which emphasize on the aspects of skill acquisition. analyzing performance, the biomechanic and motor learning concepts and the teaching and learning strategies, the aspects of managing, administrating and organizing, the safety of children and facilities also introduce to enhance a conducive teaching and learning activities.

Semester 5 (Tahun 3)

PJM3112

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

(Management and Administration of Physical Education and Sports)

3(2+1)

Kursus ini meliputi pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan; pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa; pengurusan pendidikan jasmani dan sukan; pengurusan permainan tradisional; program pembangunan sukan; undang-undang dan pentadbiran sukan; isu-isu dalam sukan; nilai dan etika dalam sukan.

This course discusses the management and administration of physical education and sport; administration of national and international sport agency; managing physical education and sport; managing tradisional games; sports development programme; laws and administration of sport; issues in sport; values and ethics in sport.

PJM3113

Permainan: Badminton dan Hoki

(Games: Badminton and Hockey)

2(0+2)

Kursus ini meliputi sejarah dan kemahiran asas dalam permainan badminton dan hoki dengan menekankan aspek pemerolehan kemahiran, penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan pembelajaran motor serta strategi pengajaran dan pembelajaran, aspek pengelolaan, pengurusan, pentadbiran serta keselamatan peralatan dan kemudahan juga diperkenalkan untuk menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

This course covers the history and basic skills in badminton and hockey which emphasize on the aspects of skill acquisition. analyzing performance, the biomechanic and motor learning concepts and the teaching and learning strategies, the aspects of managing, administrating and organizing, the safety of children and facilities also introduce to enhance a conducive teaching and learning activities.

Semester 6 (Tahun 3)

 

PJM3114

Pendidikan Jasmani Suaian

(Adapted Physical Education)

2(1+1)

Kursus ini meliputi sejarah dan perkembangan kurikulum pendidikan jasmani suaian di Malaysia yang menjelaskan hubungkait falsafah dan teori pembelajaran dengan hala tuju pendidikan kebangsaan. Penekanan diberikan kepada konsep kurikulum pendidikan jasmani, sukatan dan tafsirannya serta kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani suaian, aspek pedagogi untuk murid kurang upaya akan dilaksanakan melalui aktiviti dan penilaian pengajaran mikro.

This course includes the history and development of adapted physical education in Malaysia; the relationship of theories and philosophies towards national education policy. Emphasis given to the concepts of physical education, the interpretation of curriculum, criteria in choosing adapted physical education acitivities, the pedagogical aspects for the disable will be stress in carrying out and evaluating micro teaching.

PJM3115

Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan

(Measurement and Evaluation in Physical Education and Sports)

2(1+1)

Kursus ini meliputi konsep asas ujian, pengukuran dan penilaian di dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan, pemilihan jenis-jenis ujian, prosedur pengukuran serta penggunaan statistik di dalam pengukuran dan penilaian, pembinaan ujian, interpretasi serta menggunakan hasil ujian. Tambahan pula pelajar akan didedahkan kepada proses penyelidikan seperti yang diamalkan dalam kesihatan, pendidikan jasmani dan sukan.

This course includes the concept of test, measurement and evaluation in physical education and sports, selecting test, conducting test and using statistics in measurement and evaluation. The course helps student to develop different type of tests, analysis and interpretation. Students will be exposed to different types of research in health, physical education and sports.

PJM3116

Penyelidikan Tindakan I: Kaedah

(Action Research I: Methodology)

3(3+0)

Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah kajian tindakan di dalam sains sekolah rendah. Ia akan membincangkan tentang pengenalan terhadap pelbagai kaedah kajian dalam kajian pendidikan, pengenalan terhadap pelbagai bentuk rekabentuk kajian pendidikan, tatacara kajian pendidikan, kajian tindakan, model-model kajian tindakan, proses kajian tindakan, perancangan dan proposal, kaedah-kaedah pengumpulan data, pengambilkiraan pengumpulan data, analisis data, interpretasi

This course provides knowledge about action research method in primary science. It discusses introduction to research methods in education, types of educational research, introduction to various types of educational research design, educational research procedure, action research, models of action research, action research process, planning and proposal, data collection methods, data collection considerations, data analysis, interpreting the action research data, writing an action research report, writing an action research article and ways of making action research data public.

Semester 7 (Tahun 4)

PJM3117

Psikososial Sukan

(Psychosocial in Sports)

2(2+0)

Kursus ini membina kefahaman individu mengenai disiplin psikologi dan sosiologi sukan. Ia meliputi pengertian tentang psikologi sukan dan senaman, personaliti, motivasi, kebangkitan, tekanan dan kebimbangan dalam sukan, perkembangan psikologi kanak-kanak melalui sukan, penetapan matlamat, maklumbalas, peneguhan, ‘burnout’ dan lebihan latihan dalam sukan, definisi sosiologi sukan, teori sosial dalam sukan, sejarah sukan dan proses sosiolisasi, sukan dan kanak-kanak, deviasi dalam sukan, keganasan dalam sukan, sukan dan ekonomi, sukan dan media.

This course includes sports psychology and sports sociology. In sports pyschology it covers the meaning of sports psychology and exercise, sports personality, motivation, arousal, pressure and anxiety in sports, child psychology development via sports, goal, feedback, reinforcement, burnout and overtraining in sports, the definition of sports sociology, sociology theories in sports, sports history, socialization in sports, sports and children, deviation and aggression in sports, sports and economy, sports and media.

Semester 8 (Tahun 4)

PJM3118

Kecederaan dalam Sukan

(Sports Injury)

2(1+1)

Kursus ini meliputi konsep asas kecederaan dalam sukan; prinsip asas pertolongan cemas; sukan, perubatan sukan dan jurulatih sukan; pencegahan kecederaan dalam sukan; pendekatan rawatan kecederaan; saluran pernafasan dan resusitasi kardiopulmonari; asma dan serangan jantung; kecederaan kulit; pendarahan terbuka; terdedah kepada haba yang melampau; pengsan; mengangkat dan membawa pesakit; prinsip menguruskan kecederaan patah; kecederaan tisu lembut; kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata; kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan bilik rawatan kecederaan.

This course discusses the basic concept of sports injury; basic principles of first aid; sports, sports medicine and coaches of sports; prevention of injury in sports; approach in treatment of injury; airways and cardiopulmonary resuscitation; asthma and heart attack; skin injury; open wound; exposure to extreme heat; faint; lifting and carrying of patient; principles in managing fracture; soft tissue injury; injury to the hand, body, legs, head and eyes; facilities and equipment of first aid and treatment room for sports injury.

PJM3119

Penyelidikan Tindakan II: Pelaksanaan dan Pelaporan

(Action Research II: Implementation and Reporting)

3(0+3)

Kursus ini menyediakan pengetahuan tentang pelaksanaan dan pelaporan kajian tindakan dalam sains sekolah rendah. Ia akan membincangkan tentang pelaksanaan kajian tindakan di sekolah dan menulis draf laporan, laporan akhir kajian tindakan, penganjuran seminar kajian tindakan, seminar kajian tindakan dan pendokumentasian serta prosedur penerbitan kajian tindakan.

This course provides knowledge about implementation and reporting action research of science in primary school. It discusses the implementation of action research in school and writing a draft report, the final action research report, organization of action research seminar, action research seminar and documentation and publication procedure of action research.