Sinopsis
Sinopsis
Kursus Major PISMP Pendidikan
Seni Visual Pendidikan Rendah
|
PSV3101 |
Pengenalan Pendidikan Seni Visual
(Introduction to Visual Art
Education) |
3(3+0) |
Kursus ini meliputi konsep Pendidikan Seni Visual(PSV), serta matlamat dan objektif PSV
dalam KBSR. Penekanan utama diberi kepada kepentingan PSV dalam kehidupan
seharian,beberapa pandangan serta sumbangan tokoh dan pendidik seni, kesenian
pelbagai budaya di Alam Melayu, India, China, Jepun dan Barat, konsep reka
bentuk dan kraf serta kepentingan PSV dalam era teknologi tinggi.
This course covers the
concepts, aims and objectives of Visual Art Education(VAE) in KBSR. It
emphasizes on the importance of Visual Art Education in everyday life, various views and contributions of
distinguished artists and art educationists, art of various cultures, the concept of design and
craft and the importance of Visual Art Education in the era of high technology.
|
PSV3102 |
Bahasa Visual Perbandingan
(Comparative Visual Language) |
3(2+1) |
Kursus ini memberi pendedahan tentang peranan dan
kepentingan asas seni reka dalam karya Seni Visual secara perbandingan.
Penekanan diberi kepada aspek
pemerhatian, penerokaan dan penghayatan dalam karya seni. Tumpuan diberi
kepada analisis asas seni reka dalam karya seni visual. Aktiviti amali meliputi
kajian dan penerokaan unsur seni, prinsip rekaan dan komposisi dalam karya pelbagai budaya secara perbandingan.
This course focuses on comparative studies of the role
and importance of basic design concept in visual arts. Emphasis will be on the
aspects of observation, exploration and appreciation of art works. The focus is
on the aspects of analytical exploration in analyzing basic design
concept in art works. Practical activities cover the comparative studies and
explorations of the use of art elements, principles of design and compositions
in art works of various cultures
Semester 2 (Tahun 1)
|
PSV3103 |
Kreativiti dan Seni Kanak-kanak
(Creativity
and Children’s Art) |
3(3+0) |
Kursus ini merangkumi peringkat
perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak. Topik-topik kursus ini meliputi latar belakang teori perkembangan
pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan
kanak-kanak, peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak, imaginasi dan
kreativiti kanak-kanak, kreativiti, estetika dan ekspresi visual, rangsangan
dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak, apresiasi hasil seni 2
dimensi kanak-kanak dan apresiasi hasil seni 3 dimensi kanak-kanak.
This course covers the developmental
stages of children’s visual expressions.
Topics in this course cover the background of developmental theory on
children’s visual expressions, distinguished educationist and researchers in
children’s art, developmental stages of children’s art, children’s creativity
and imaginations, creativity, aesthetics, and visual expression, stimulus and
factors that affect children’s art, appreciations of children’s 2-dimensional
art works and appreciations of children’s 3-dimensional art works.
|
PSV3104 |
Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni
Visual, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(Curriculum
Studies and Management in Visual Art Education, Integrated Curriculum for
Primary Schools) |
3(3+0) |
Kursus ini meliputi konsep kurikulum dan Sukatan
Pelajaran PSV KBSR, matlamat, objektif
kurikulum, konsep 5P, kepentingan perkembangan kurikulum, huraian sukatan
pelajaran, peranan guru PSV, pengurusan aktiviti di dalam dan di luar bilik
darjah, pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik PSV dan
hasil kerja murid dan peranan apresiasi terhadap hasil kerja murid.
This course covers the concept of the curriculum and syllabus of the KBSR Visual Art
Education(VAE), goals and objectives of the VAE curriculum, the 5P concept, the
importance of curriculum development, specifications of the syllabus, the roles
of the VAE teachers, management of outdoor and indoor activities, resource and
teaching aid management, classroom and art works management as well as the role
of appreciations of pupils art works.
Semester 3 (Tahun 2)
|
PSV3105 |
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual
(Teaching and
Learning of Visual Art Education) |
3(2+1) |
Kursus ini memberi tumpuan terhadap
pengenalan empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional,
perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan
mengikut Tahap 1 dan 2, persediaan mengajar. Aktiviti amali meliputi meneroka
alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi
kesemua empat bidang.
This course focuses on the
introduction of the four area of KBSR Visual Art Education, that is: Drawing
and Picture Making, Pattern-Making and Designing, Modelling and
Constructing, as well as Introduction to
Tradisional Crafts, planning of teaching and learning activities for each area
for Levels 1 and 2, lesson planning, as well as
practical activities for explorations of tools and materials, subject
matter, content and themes in producing art works for the four areas.
|
PSV3106 |
Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru
Sekolah Rendah – Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan
(Visual Art Education,
Integrated Curriculum for Primary Schools – Drawing and Picture Making,
Pattern-Making and Designing) |
3(2+1) |
Kursus ini merangkumi konsep dan prinsip
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan Tahap 1 dan 2, merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bidang Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan.
Aktiviti amali yang merangkumi proses menghasilkan karya mengikut jenis dalam
bidang.
This course covers the concept of
Drawing and Picture Making as well as Pattern-Making and Designing, teaching and learning activities in the area
of Drawing and Picture Making, Pattern-Making and Designing as well as practical activities that cover the process
of producing various types of art works in the areas.
Semester 4 (Tahun 2)
|
PSV3107 |
Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah
Rendah
(Visual Art
Education Pedagogy, Integrated Curriculum for Primary Schools) |
3(2+1) |
Kursus ini merangkumi teori pembelajaran, pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
berdasarkan kurikulum PSV KBSR, perancangan dan persediaan mengajar, pengajaran
mikro dan makro, dan sumber pengajaran dan pembelajaran.
This course covers the learning theories, approach,
strategy, methodology and technique of teaching and learning Visual Art
Education based on the VAE KBSR curriculum, lesson planning, micro and macro
teaching, as well as teaching and learning resources.
|
PSV3108 |
Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah -
Membentuk dan Membuat Binaan, Mengenal Kraf Traditional
(Integrated
Curriculum for Primary Schools in Visual Art Education – Modelling and
Constructing, Introduction to Traditional Crafts) |
3(2+1) |
Kursus ini memberi tumpuan
kepada konsep dan prinsip bidang Membentuk dan Membuat binaan, Mengenal Kraf
Tradisional, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang tersebut,
serta aktiviti amali yang meliputi proses menghasilkan karya mengikut proses
berdasarkan jenis kegiatan dalam bidang tersebut.
This course
focuses on the concept and principles of the area of Modeling and Constructing,
Introduction to Tradisional Crafts, the planning of teaching and learning activities
in the area as well as practical activities that cover the process of producing
various types of art works in these areas.
Semester 5 (Tahun 3)
|
PSV3109 |
Multimedia Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual
(Creative Multimedia in Visual
Art Education) |
3(1+2) |
Kursus ini
meliputii peranan seni dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), aplikasi
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran PSV, pengenalan multimedia serta
multimedia dalam PSV. Aktiviti amali
merangkumi aktiviti menggunakan multimedia, mengaplikasi proses kreativiti dan
artistik dalam menghasilkan karya
digital dan multimedia, membuat persembahan dan pameran karya
multimedia.
This course covers the role of art in
information and communication technology (ICT), application of ICT in teaching
and learning PSV, introduction to multimedia as well as multimedia in PSV.
Practical aktivities cover the use of multimedia, applying creativity and
artistic process in producing digital and multimedia art works, presenting and
exhibiting multimedia art works.
|
PSV3110 |
Sejarah dan Apresiasi Seni
(Art History and Appreciation) |
3(3+0) |
Kursus ini merangkumi pengenalan kepada sejarah seni
barat, seni oriental, seni alam Melayu dan seni visual Malaysia. Penekanan
diberi kepada pelbagai pendekatan apresiasi Seni Visual, apresiasi karya seni
barat, seni oriental, seni Alam Melayu dan seni visual Malaysia..
This course covers the introduction to the art
history in western art, oriental art, art in the Malay lands and visual art in
Malaysia. Exposure is given to various approaches in the appreciation of visual
art, western art, oriental art, art in the Malay lands and visual art in
Malaysia.
Semester 6 (Tahun 3)
|
PSV3111 |
Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
(Visual Art Education Assessment) |
3(3+0) |
Kursus ini meliputi konsep pentaksiran Pendidikan Seni
Visual(PSV), jenis-jenis pentaksiran, tujuan pentaksiran PSV, kaedah
pentaksiran PSV, bentuk pentaksiran PSV, peraturan memberi markah, penilaian
hasil kerja dan penilaian portfolio.
This course covers the concept of the assessment of
Visual Art Education(VAE), types of assessments, aims of assessment in VAE,
methods and forms of assessment, mark schemes, evaluation of art works and
evaluation of portfolios.
|
PSV3112 |
Lukisan dan Penyuburan Diri
(Drawing and Self-Enrichment) |
3(2+1) |
Kursus ini merangkumi jenis-jenis lukisan, alat dan
bahan, pelbagai fungsi lukisan, lukisan dalam gubahan pelbagai aliran dan
budaya, pertimbangan dan pengamatan dalam lukisan, teknik menghasilkan lukisan,
pendekatan dan kaedah melukis, proses kreativiti dan artistik serta lukisan
berbantukan komputer. Aktiviti amali
meliputi aktiviti menghasilkan karya lukisan digital dan bukan digital.
This course covers the types of drawings , tools
and materials, various functions of drawings from various genres and culture,
considerations and perceptions in drawings, drawing techniques, approaches and
methods, creativity and artistic process as well as computer aided drawings.
Practical activities include activities in producing digital and non digtal
drawings and art works
Semester 7 (Tahun 4)
|
PSV3113 |
Penyelidikan Tindakan I –
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (Kaedah)
(Action
Research I-Visual Art Education Primary Education( Methodology) |
3(3+0) |
Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah
penyelidikan tindakan dalam Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah. Kursus
ini membincangkan pengenalan terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan
pendidikan, pengenalan terhadap pelbagai reka bentuk penyelidikan tindakan, prosedur
penyelidikan pendidikan, konsep dan model-model penyelidikan tindakan, proses
penyelidikan tindakan, perancangan dan cadangan, kaedah-kaedah pengumpulan
data, pertimbangan dalam pengumpulan data, analisis data, interprestasi data
kajian tindakan, penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, dan
cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan.
This course provides knowledge about action research method in Visual
Art Education for primary education. It discusses introduction to research methods
in education, types of educational research, introduction to various types of
educational research design, educational research procedure, concepts of action
research and models, action research prosess, planning and proposal, data
collection methods, data collection considerations, data analysis, interpreting
the action research data, writing an action research report and article and
ways of making action research data public.
Semester 8 (Tahun 4)
|
PSV 3114 |
Seni dan Pengurusan
(Art and Management) |
3(1+2) |
Kursus ini meliputi kepentingan dan asas pengetahuan
dalam projek seni, pengurusan dan proses pengendalian projek seni. Aktiviti
amali meliputi merancang dan melaksanakan projek seni, membuat laporan maklum
balas dan tindakan lanjutan.
This course covers the management and organisation
of art projects, the importance and fundamental knowledge of art projects,
management and organisational process of art projects, planning art projects,
implementing art projects, making feedback reports and taking further actions.
|
PSV3115 |
Penyelidikan Tindakan II - Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
(Action Research II-Visual Art
Education Primary Education( Implementation and Reporting) |
3(0+3) |
Kursus ini memberi kemahiran pelaksanaan dan
pelaporan penyelidikan tindakan dalam Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
yang melibatkan pelaksanaan penyelidikan tindakan di sekolah dan penulisan
laporan, penganjuran seminar, prosedur pendokumentasian dan penerbitan
penyelidikan tindakan.
This course
provides skills in implementating and reporting action research in Visual Art
Education for primary education. It involves the implementation of action
research in school and writing an action research report, organization an
action research seminar, documentation and publication procedure of action
research.