Pelaksanaan BIG Bagi Kumpulan PPG Peringkat 1 (45 jam )
1. Kursus selama 5 jam dilaksanakan di IPG Kampus Ilmu Khas pada Jun - Julai 2012.
2. Pelaksanaan 40 jam di sekolah(Kem 1) bermula pada Jun - Disember 2012.
Arahan Tugas :
1. Hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Pelaksanaan Kem 1 selama 40 jam di sekolah masing-masing.
3. Pelajar PPG boleh melaksanakan sebarang program yang sesuai yang telah dirancang
oleh pihak sekolah.
4. Pelajar PPG hendaklah menjadi tonggak kepada program yang dilaksanakan dan boleh
bergabung dengan beberapa orang pelajar atau sekolah.
Setiap Pelajar PPG Perlu Menyediakan Portfolio (Secara Individu) Yang Mengandungi :
1. Penulisan kertas kerja yang lengkap.
2. Surat menyurat - surat pelantikan/surat permohonan/surat pemberitahuan/surat panggilan/ibu bapa.
3. Borang-borang berkaitan.
4. Brosur/edaran/iklan.
5. Jadual
6. Laporan
7. Rakaman - gambar pegun/video/keratan akhbar
8. Penilaian Kendiri/refleksi
9. Perkara-perkara lain yang berkaitan.
Pemantauan oleh IPG Kampus Ilmu Khas :
1. Program tersebut akan dipantau oleh pensyarah.
2. Sila maklumkan kepada Unit Kokurikulum IPG Kampus Ilmu Khas tarikh pelaksanaan
program selewat-lewatnya 2 minggu sebelum dilaksanakan untuk tujuan pemantauan.
Pelaksanaan Tugasan Di Sekolah(40 Jam)
1. Unit Kokurikulum memutuskan bahawa pelaksanaan tugasan yang telah ditetapkan hendaklah
dibuat selewat-lewatnya pada 30 September 2012 untuk pelajar PPG Ambilan Jun 2011 dan
termasuk juga PPG Ambilan Februari 2012.
Untuk Pertanyaan - Hubungi :
Unit Kokurikulum IPG Kampus Ilmu Khas
1. En Kahar bin Zainuddin - Penyelaras BIG PPG
2. En. Dzulkapli bin Wagini - Penyelaras BIG
No. Telefon : 03-91318160 sambungan 79
No. Faks : 03-91319393
Last Updated on Tuesday, 24 July 2012 23:58












