Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang bermula pada 15 Ogos hingga 15 September 2012, Kelab Rukun Negara, IPG Kampus Ilmu Khas menganjur aktiviti-aktiviti berikut:
1. Menghias jabatan masing-masing dengan hiasan yang sesuai bagi menghidupkan suasana sambutan bulan kemerdekaan pada peringkat jabatan;
2. Menghias kelas masing-masing dengan menggantung bendera Jalur Gemilang. dan hiasan berbentuk gantungan yang sesuai tanpa membuat tampalan-tampalan pada dinding;
3. Pertandingan menulis esei dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Antara syarat-syarat pertandingan ialah:
a. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPGKIK (staf akademik, bukan akademik dan pelajar);
b. Peserta pertandingan memilih gambar yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan dan membuat esei berdasarkan gambar tersebut. Contoh sekiranya para peserta memilih gambar bangunan Keretapi Tanah Melayu, maka esei yang ditulis mesti berkaitan dengan foto berkenaan;
c. Panjang esei antara 300 hingga 500 patah perkataan; dan
d. Tarikh tutup pertandingan 3 September 2012. Esei yang lengkap perlu diserahkan kepada:
i. En. Patarai bin Cholen, Jabatan Pengajian Melayu untuk esei Bahasa Melayu; dan
ii. Puan Nirmaladevi a/p Suppiah, Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris untuk esei Bahasa Inggeris
4. Kuiz tentang kemerdekaan akan dijalankan di luar Galeri Rafie Mahat pada 10 September 2012. Terbuka kepada semua pelajar.
Daripada:
Kelab Rukun Negara











