Tuntutan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Bagi Pelajar Ambilan Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang LAYAK daripada program pengajian dan ambilan berikut boleh menuntut BB1M di Jabatan Hal Ehwal Pelajar mulai 30 April 2013 (Selasa).

  • DPLI-SR Mod KDC Ambilan Khas Disember 2012;
  • DPLI-SR j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2013; dan
  • PPG Mod PJJ Ambilan Khas Februari 2013.

Senarai pelajar yang LAYAK setelah ditapis oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah seperti lampiran yang disertakan. Sila patuhi prosedur tuntutan yang disertakan bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan. Tindakan SEGERA adalah amat diharapkan kerana tarikh sah laku BB1M ialah sehingga 31 Mei 2013.

Terima kasih.

 

Program Selepas Praktikum Bagi DPLI ambilan Disember 2011

Program Selepas Praktikum bagi pelajar Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Ambilan Disember 2011 akan bermula dari 29 April 2013 hingga 23 Mei 2013 di IPGKIK. Jadual dan maklumat lanjut program tersebut adalah seperti dilampirkan. Semua pelajar DPLI Ambilan Disember 2011 diwajibkan menyertai SEMUA aktiviti mengikut jadual yang dirancangkan.

Last Updated on Sunday, 28 April 2013 11:12

 

Keputusan Peperiksaan Mac 2013

Dilampirkan bersama senarai tampal keputusan peperiksaan bagi Program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM-KDC) JPNIN Ambilan November 2011 peringkat 2.

walaubagaimanapun, keputusan rasmi pelajar adalah seperti yang tertera di dalam transkrip peperiksaan.

Bagi Program akhir Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Ambilan November 2008 (Ulangan) dan Kursus Persediaan PISMP ambilan Jun 2010 (Ulangan kedua), pelajar terbabit diminta untuk menghubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian kerana keputusan masih dalam perhatian dan tindakan SENAT.

 

Sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Attachments:
Download this file (RESULT_KDPM(KDC)PKT.2_MAC2013.pdf)RESULT_KDPM(KDC)PKT.2_MAC2013.pdf[ ]154 Kb
 

Konvokesyen Berpusat PISMP IPG KPM Kali ke-3 Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvokesyen Berpusat PISMP IPG KPM kali ke-3 tahun 2013 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2009
Tarikh : 27 hingga 29 Mei 2013
Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Ambilan November 2008
Tarikh : 5 hingga 7 Jun 2013
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua graduan dipohon untuk memuat turun semua dokumen yang disertakan dan mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan kelancaran majlis tersebut. Sila hebahkan makluman ini agar tiada graduan yang terlepas untuk menghadiri majlis ini. Terima kasih.

Last Updated on Sunday, 28 April 2013 11:03

 

Pertandingan Fotografi Kreatif - TIE 2013

Jabatan Teknologi Pendidikan menganjurkan Pertandingan Fotografi sempena Program Technologi in Education (TIE) 2013 pada 25 - 26 Jun 2013.  Pertandingan terbuka kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas.  Maklumat lanjut sila klik "foto_compete".

Attachments:
Download this file (foto_compete.pdf)foto_compete.pdf[ ]161 Kb
 

Page 2 of 11

Jabatan/Unit

Pautan Dalaman

Pelawat Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday597
mod_vvisit_counterYesterday1561
mod_vvisit_counterThis week7601
mod_vvisit_counterLast week7899
mod_vvisit_counterThis month21315
mod_vvisit_counterLast month61392
mod_vvisit_counterAll days499320

We have: 25 guests online
Your IP: 50.19.155.235
 , 
Today: May 18, 2013

Menu Pengguna

SALAM 1MALAYSIA



TERIMA KASIH

Hubungi Kami:

IPG Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-91318160; 03-91318244
Faks: 03-91319393

Takwim IPGKIK

loader