Pemulangan Jubah Konvokesyen & Pengambilan Transkrip

Makluman kepada graduan Diploma Perguruan Lepas Ijazah j-QAF Ambilan Januari 2013 dan graduan Diploma Perguruan Lepas Ijazah Interim (SR) Ambilan Disember 2012, anda boleh mengambil transkrip serta diploma masing-masing di Unit Peperiksaan (Blok TESL) selepas memulangkan jubah konvokesyen di JHEP IPG Kampus Ilmu Khas.

 

Garis Panduan Internship PPG

Untuk makluman semua, Internship PPG akan bermula pada 29 MAC -  24 April 2015. Sehubungan itu, Garis Panduan Internship bagi pelajar PPG boleh didapati dalam Profil Unit Praktikum di Portal IPIK. Pelajar, pensyarah dan mentor boleh akses maklumat berkenaan untuk rujukan dan tindakan seterusnya.

Terima Kasih.

 

Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan KBAT

Warga IPG Kampus Ilmu Khas dijemput untuk menghadiri  Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir.  Berikut adalah aturcara program berkaitan:

 

Tarikh : 29 Oktober 2014 (Rabu)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Aktiviti 1 : Pameran
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail, IPGKIK

 

Tarikh : 30 Oktober 2014 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tgh
Aktiviti 2 : Majlis Pelancaran KBAT
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail, IPGKIK

 

Last Updated on Thursday, 30 October 2014 11:04

 

Aktiviti Bina Insan Guru

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa ke-4 telah diadakan pada 27 Oktober  sehingga 29 Oktober 2014. BIG kali ini diadakan di Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Peserta terdiri daripada setiap pelajar yang mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2013 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas. Program dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan Felda Soeharto.  Aktitiviti  yang dijalankan seperti gotong-royong membersihkan dewan komuniti,pejabat Felda, sekolah  tadika Kemas,tanah perkuburan islam, rumah ibu tunggal /warga emas, masjid dan surau. Di samping itu juga siswa pelatih berpeluang mengadakan sukaneka bersama kanak-kanak prasekolah dan permainan sepak raga dan bola beracun. Pada keseluruhannya program ini mendapat kerjasama dan sokongan pihak pengurusan felda, Majlis Belia, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Gabungan Perkempulan Wanita (GPW). 

Last Updated on Monday, 03 November 2014 08:40

 

Jadual Waktu Peperiksaan November 2014

Bersama lampiran adalah Jadual Waktu Peperiksaan November 2014 bagi Program Penuh Masa dan PPG bermula dari 10 November 2014 hingga 20 November 2014. Pelajar dinasihatkan untuk menyemak kursus, hari, sidang dan tempat agar peperiksaan ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, kelayakan calon untuk menduduki peperiksaan ini bergantung kepada keputusan mesyuarat JKPPIPG pada 3 November 2014. Pelajar boleh memuat turun (wajib) slip peperiksaan selepas tarikh berkenaan. Kegagalan membawa slip peperiksaan akan menyebabkan calon tidak dibenar berada di pusat peperiksaan. Satu sessi taklimat peperiksaan akan dijalankan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Unit Peperiksaan dan Penilaian. Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat menduduki peperiksaan dengan jayanya.

 

Page 1 of 33

Pelawat Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1551
mod_vvisit_counterYesterday2941
mod_vvisit_counterThis week9964
mod_vvisit_counterLast week19270
mod_vvisit_counterThis month74357
mod_vvisit_counterLast month66106
mod_vvisit_counterAll days1902738

We have: 16 guests, 13 bots online
Your IP: 54.205.207.53
 , 
Today: Nov 27, 2014

Menu Pengguna

SALAM 1MALAYSIA



TERIMA KASIH

Hubungi Kami:

IPG Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-91318160; 03-91318244
Faks: 03-91319393

Takwim IPGKIK

loader