| Bina Insan Guru - Semester 4 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Sunday, 15 November 2009 16:52 |
|
Program Bina Insan Guru bagi pelajar PISMP Semester 4 telah diadakan pada 7 – 9 Oktober 2009 di Casa Rachado Beach Resort, Port Dickson. Seramai 136 orang pelajar PISMP Semester 4 telah mengikuti perkhemahan tersebut. Aktiviti kemuncak perkhemahan tersebut adalah kembara sosial di mana pelajar telah memberi khidmat sosial kepada keluarga miskin dan ibu tunggal di kampung Sekawang Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada keluarga terlibat dan masyarakat tempatan. Tahniah kepada pelajar-pelajar PISMP Semester 4 IPG Kampus Ilmu Khas.
|












