|
Written by Administrator
|
|
Monday, 05 January 2009 10:19 |
|
 Selamat Tahun Baru 2009.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya kita telah melangkah ke tahun 2009. Marilah kita memulakan tahun baru ini dengan iltizam yang tinggi dan tekad yang padu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang dan berkualiti.
Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran bagi semua warga Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 yang telah diluluskan pada 25 Ogos 2008 bertujuan menaik taraf dan memperkasa status IPG, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta kualiti pendidikan di
negara ini. Secara langsung, ia memberi kesan kepada semua warga IPG untuk merealisasikan hasrat dan semangat yang terkandung dalam pindaan tersebut.
Peranan warga IPIK tentunya lebih mencabar untuk memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik akan berjaya menyahut cabaran dan melangsaikan amanah besar ini.
Diharapkan semua warga IPIK melangkah sederap dengan semangat berpasukan yang tinggi untuk meraih kejayaan dalam bidang tugas masing-masing. Semoga perancangan dan usaha kita akan diberkati Allah. Noorul Aini Binti Abdul Rahman Pengarah Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur
|
|
Last Updated on Monday, 05 January 2009 12:20 |